Sunday 10 June 2012

Lexis Water Chalet, Port Dickson

9 June 2012 - 10 June 2012

Yeah, today is hubby's birthday.. urmm ada sesuatu menanti hubby..

Memula, pergi buat follow-up dulu kat KPJ Selangor. Dr Shahbahiah takde hari ni..So, ganti dengan Dr Siti Esah.. Result tak berapa memberangsangkan..suspected Endometriosis pulak.. so, kene check darah..
Tak sudi nak pandang, huh! (takutttttt...)
Siap ambik darah hubby pun tanya nak kemana.. dgn muka confidentnya jawab "PD".. berulang kali tanya..jawapan tetap sama "PD"..padahal dah siap beg baju dalam boot..hubby tak tahu.. memandangkan dah kene cucuk kiri kanan, tak boleh la nak drive..so, hubby drive ikut arahan..

Day 1:  Okay dah sampai.. Surprise!
Opening his birthday gift


Lexis ni bersebelahan dengan Grand Lexis, PD. Kalau Grand Lexis, ada swimming pool kat dalam bilik.. masa tu, dah fully booked sbb school holiday. We've got discounted rate which is -20%. Bathroom boleh bukak bumbung..so, mandi berbumbungkan langit.. hehe



Swimming pool takde, ada bath tub je

Org kat bawah boleh intai
Dinner? seperti biasa, akan cari seafood.. ada medan ikan bakar MPPD berdekatan..makanan biasa je..tapi sangat la mahal..gatai lagi nak duduk atas laut punya..
Ketam berlada
Sotong Bakar
Udang 3 Rasa
3 Lauk ni lebih kurang RM150.00.. Jeram jauh lebih murah hehe

Day 2: Balik. Ok Bye. Tempat ni area lukut so jalan tak jem sangat..Tenang je tempatnya walaupun time ni minggu last school holiday. Jom tgk gambar lagi

Selain dari water chalet, ada seaview tower (room)

Ini Swimming pool..ada jacuzzi jugak

Ini lah Grand Lexis Deluxe Pool Villa

Grand Lexis, PD
Nanti nak pergi Grand Lexis pulak.. babai..

Friday 1 June 2012

Universal Studio Singapore

31 May 2012 ~ 1 June 2012

Unplanned Vacation.. Idea datang bila hubby terpaksa beli tiket ke JB sbb tiket from KCH ~ KL sgt mahal.. We booked a package of RM268 per pax from Mr Albert Chia (Hubby cari kat mudah.my kot). The package include 1 night stay @ New York Hotel JB,2-ways transportation from New York Hotel to USS and entrance ticket USS and MEMA. To me, it's quite reasonable price.

Then, bermula lah perjalanan yg mencabar (sbb tak bawak kereta)..Senai Airport adalah kami punya meeting point. Hubby fly from KCH~jB and me..SUB~JB by Fireflyz (seram gak tgk flght ni haha)
Sampai Airport, kitorang naik bas Causewaylink ke Larkin..harga tiket ialah RM8.00 seorang. Then from Larkin, we took a cab to New York JB..anyway, dia caj RM15.00 sbb executive la sgt..yg kaler biru tu..ciss (kalau cab meter baru RM4 lebih)
Lepas check-in hotel, perut dah lapar sgt..dinner @ Banafee..ada 2 banafee kat situ..kitorang pergi yg ala2 warung punya..dari hotel tu, lintas jalan je..
Esoknya, seawal 8:00 pagi kitorang dah ready nak ke USS..yeay! Sampai USS pukul 10:00 dah ramai orang kat entrance..
Dah masuk USS, kitorang start dgn Hollywood -> Madagascar -> Far Far Away -> The Lost World -> Ancient Egypt -> Sci-Fi city -> New York
Hollywood 
Madagascar
Boat Ride @ Madagascar
Enchanted Airways @ Far Far Away
Jom tolong Shrek cari Princess Fiona @ Far Far Away
I Love this Shrek 4D very much haha..
Boat Ride @ Jurassic Park, Lost World (basah kasut & seluar)
Sempat bergambar dgn pelakon2 @ Water World

Ancient Egypt
Sci-Fi City
Cyclone vs Human..mmg favorite ride hubby..me?? no no no
My favorite ride tapi dah pening2 lalat gara2 revenge of the mummy! tak tahu pun yg mummy tu adalah roller coaster!!
New York City
haa..yg ni kene cari kat Hollywood

Okay, dah penat pilih gambar..that's all for today..pheww.. Opss lupa pulak, kitorang balik malam tu jugak by coach..Sampai Shah Alam pukul 4 pagi.. Ok Bye..




















Saturday 19 May 2012

Bali, Indonesia

14 May 2012 - 19 May 2012

Day 1: Wina Holiday Villa Kuta

Sangatlah excited nak pergi Bali, sekali flight delay pulak. Sepatutnya sampai pukul 6 lebih tapi jadi malam pulak. Supir kami, Pak Wayan bawak pergi dinner dulu..kat Jimbaran. Biasalah dia akan bawa ke tempat yang mahal kan. Ikutkan je la, baru sampai takde idea nak makan mana. Lupa nama restoran ni, pilih menu ala-carte udang & sotong & sayur je tapi kene caj Rp425,000 lebih kurang RM140.00. Mahal!

Lepas makan terus check-in Wina Holiday Villa Kuta. Hotel ni berhadapan Kuta Beach tapi kene masuk dalam sikit..kalau dari tepi jalan tak perasan. Booking kat Agoda USD60.

Wina Holiday Villa, Kuta
Day 2: Panorama Hotel, Ubud

Breakfast dulu sebelum bertolak. Breakfast kat sini adalah halal. Kami pun mulakan perjalanan ke Ubud. Mula2, pergi tgk Keris & Barong Dance dulu. Ticket fee Rp100,000/pax. Ada byk tempat boleh tgk tarian ni. 
Kris & Barong Dance
Then terus pergi ke Turtle Island. Boatman tu bawak pergi ke Deluang Sari. Boat fee dia caj Rp600,000. Mahal sungguh (pak supir punya member la ni). Boleh pegang penyu, burung kenyalang la, ular sawa la, kelawar la. Donation utk masuk tempat ni Rp20,000.

Turtle Island
Then kami pun terus ke Ubud. Lunch kat apa tah nama restoran tu, paddy field view.. Dah kenyang perut, terus ke Sukawati Market. Kat sini painting murah2. Boleh tawar sampai Rp120,000 bergantung pada kualiti lukisan. Beli souvenir & t-shirt kat sini lebih murah. Sebelum tu dah tentulah pak supir akan bawak ke tempat painting yg mahal dulu. Nasib baik beli 1 je yg kecik. Harga di Sukawati 2 kali ganda lebih murah..
Oil Painting
Lepas memborong oil painting, kene tengok Kecak Dance dulu baru check-in ke Panorama Hotel, Ubud. Kawasan ni lebih kepada suasana kampung. Hotel pun paddy field view. Tapi still ada nightlife dan ATM. Fastfood je takde. Hotel ni booking kat Agoda USD46.40
Kecak Dance..Cak kecak kecak cak cak 
Paddy field view
Panorama Hotel, Ubud (bilik ni sangat luas, best)
Panorama Hotel, Ubud 
Day 3: Melka Excelsior Hotel, Lovina

Sambung perjalanan ke arah utara iaitu terus ke Lovina. Suka nak tgk dolphin. Excited haha. Lepas check-out terus ke Monkey Forest. Monkey kat sini naughty. Cuba merampas duit kat tgn, dia ingat food. Dia geram terus nak selongkar handbag, nak makan pen pulak haha.. 
Caught u monkey! nak curi duit yg kat tgn..bukan boleh makan pun haha
Sampai Mengwi, kitorang singgah tgk Pura Taman Ayun. Temple ni dikelilingi sungai. Then singgah tgk org buat kopi Luwak..eeeee... 
Ini lah Luwaknya, hensem kan? 
ini lah najisnya, dibersihkan dan diambil biji yg bahagian dalam.bukan luarnya
lemon tea sedap

Singgah makan kat Mentari Restaurant, Bedugul dulu. Restaurant ni lake view. Dah kenyang, kene bersenam..So, kami pun pergi la ke air terjun Mekalangan. Sebelum air terjun Gitgit. Pergi separuh jalan je sebab hujan. 



Dah penat bersenam, terus check-in hotel. Kami stay kat Melka Excelsior Hotel. Hotel ni ada dolphin show & boleh swim with dolphin (Rp 1,000,000). Hotel ni pun booking kat Agoda USD50. Lovina sinonim dgn Dolphin. Kalau booking dolphin watching kat hotel dia caj Rp120,000/pax. Pak supir dah booking kan utk kami. Boat fee Rp500,000 Mahal sgt kot. Sabar je la.
Melka Excelsior Hotel, Lovina
Selain dolphin, ada mini safari kat dalam kawasan hotel
Dolphin show free for Melka Excelsior Hotel guest.
Sangat mencabar mencari dolphin di lautan luas..
Day 4: Mercure Kuta Bali

Ingatkan nak swim with dolphin tapi fully booked pulak. So, kami check-out utk balik ke Kuta semula. Kali ni ikut jalan Kintamani sbb nak tgk volcano. Singgah lunch dulu, then terus ke Sukawati market lagi untuk memborong lukisan & souvenir


Finally, sampai last hotel. Mercure Kuta Bali. Pun Booking kat Agoda USD212.52 for 2 days. Hotel ni sangat best. Betul2 depan Kuta Beach. Sebelah Hard Rock Hotel. Senang cari makan. Ada McDonald's, KFC & Pizza. Semua Halal. 

Kuta, Bali
McDonald's (ada nasi)
Mercure Kuta, Bali.
Sea View Shopping Mall hehe
Day 5: Mercure Kuta, Bali,

Breakfast at KFC then pergi cari motor untuk disewa. Sewa Motor Rp70,000 je.. Destinasi pertama ialah Tanah Lot. Then dari Tanah Lot terus ke Uluwatu. Sebelum balik, dinner dulu kat Intan cafe, Jimbaran. Baru Rp192,000 jauh lebih murah dari yang 1st day kami sampai. 
Tanah Lot
Uluwatu
Sotong Bakar
Ikan Bakar & Butter prawn
Day 6: Balik

Lepas breakfast, jalan2 area Kuta. Harga t-shirt & souvenir kat Kuta lebih mahal daripada Sukawati Market. Nasib baik dah borong kat sana. Lepas hantar motor, balik hotel & packing barang. Bye Bali. Nnt nak dtg lagi..




Surfer's paradise

20 May 2012: Our 1st Anniversary.. :)